COVID-19: Malaysia rekod 6,075 kes baharu, angka harian tertinggi

[email protected]

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat 6,075 kes baharu COVID-19, hari ini, iaitu yang tertinggi sejak negara dilanda wabak itu pada Februari tahun lalu.

Kali terakhir Malaysia merekodkan angka harian tertinggi ialah pada Januari lalu membabitkan sebanyak 5,725 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatat bilangan jangkitan baharu yang tertinggi dengan 2,251 kes.

Beliau berkata, ia diikuti Johor dengan 699 kes, Kuala Lumpur (660), Kedah (445) dan Kelantan (441).

“Semua negeri mencatat pertambahan kes, hari ini. Negeri melaporkan kes baharu yang terendah ialah Perlis dengan enam jangkitan dan Putrajaya (sembilan),” katanya melalui kenyataan dalam Facebook, hari ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.