×
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

COVID-19 meningkat, kem pelarian Rohingya dikurung

COX’S BAZAR: Pihak berkuasa Bangladesh meletakkan kem pelarian Rohingya di tenggara negara itu di bawah perintah berkurung selepas kenaikan kes jangkitan COVID-19.

Wakil Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Shamsud Douza, memberitahu AFP bahawa sekatan itu merangkumi larangan berhimpun dan bergerak antara kem itu yang menempatkan lebih daripada 100,000 pelarian Rohingya.

“Kami mengenakan sekatan mulai hari ini selepas lonjakan mendadak kes COVID-19 di lima kem berkenaan,” katanya.

Pihak berkuasa Bangladesh mendirikan 34 kem di daerah tenggara Cox’s Bazar untuk hampir 900,000 pelarian Rohingya, yang melarikan diri daripada penganiayaan dan keganasan di Myanmar.

Douza berkata pekerja bantuan tidak dibenarkan berada di kem dan hanya sejumlah pekerja yang minimum dalam bidang kesihatan, makanan dan pengedaran gas dibenarkan masuk.

Penyelaras Kesihatan Tempatan, Toha Bhuiyan, berkata Rabu lalu seramai 45 pelarian Rohingya didapati positif daripada 247 yang diuji dan angka sama juga diuji positif semalam.

“Sehubungan itu kesemua lima kem ditutup sepenuhnya,” katanya.

Jumlah kes juga meningkat dalam kalangan penduduk Bangladesh di Teknaf, yang mendorong pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung di bandar sempadan di selatan itu.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu AFP, pihak berkuasa meningkatkan keselamatan dan mendirikan pos pemeriksaan di penempatan berkenaan.

Bangladesh melancarkan program imunisasi COVID-19 pada Februari lalu dan kira-kira enam juta orang sudah menerima sama ada satu atau dua dos vaksin, bagaimanapun ia belum membabitkan pelarian Rohingya. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version