Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Covid-19: Pasar Seksyen 6, Shah Alam ditutup

Shah Alam: Pasar Moden Seksyen 6, dekat sini diarahkan tutup selama empat hari bermula hari ini susulan berlaku kes positif Covid-19 dalam kalangan peniaga di pasar itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata, penutupan pasar berkenaan sehingga Ahad depan adalah sebagai satu langkah pengawalan bagi penularan penyakit dan pengesanan kontak kes positif Covid-19 di pasar itu.

“Peniaga, penyewa dan pekerja di pasar berkenaan disaran untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 dalam kadar segera dan mengemukakan keputusannya pada MBSA sebelum dibenarkan meneruskan operasi perniagaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, pihaknya menyarankan mereka untuk melaksanakan ujian saringan di lokasi program saringan Covid-19 percuma kerajaan negeri Selangor atau mana-mana klinik dan pusat perubatan swasta yang mengadakan perkhidmatan saringan.

Tinjauan Bernama di pasar itu mendapati pintu masuk utamanya ditutup dan tempat letak kenderaan juga lengang susulan penutupan operasi premis berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Exit mobile version