Covid-19: Sabah perketat SOP kemasukan individu

[email protected]

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah memperketat prosedur operasi standard (SOP) kemasukan individu ke negeri ini susulan terdapat kes indeks Covid-19 dari Labuan yang mencetus penularan jangkitan di sini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan dua kes membabitkan suami isteri dari Labuan yang memasuki Sabah sehingga menyebabkan kluster di Tawau.

“Kes indeks iaitu suami isteri dari Labuan sudah menjalani saringan masuk ke Sabah pada 7 Mei lepas didapati negatif Covid-19.

“Namun, setelah seminggu berada di Tawau untuk berhari raya di Ladang Abaka, kes indeks yang mempunyai gejala pada 12 Mei kemudiannya disahkan positif pada 14 Mei lalu dan menjangkiti sembilan ahli keluarga serumah.

“Kes kedua, suami isteri juga dari Labuan yang balik untuk berhari raya ke daerah Tawau pada 8 Mei pula kemudian disahkan positif Covid-19 pada 16 Mei lepas.

“Dalam tempoh itu, kes indeks itu yang menetap di kawasan ladang Kampung Sungai Imam, Tawau turut menziarahi keluarga di Taman Barkeley sekali gus menyebabkan jangkitan kepada 43 orang ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri turut memperincikan beberapa ketetapan mengenai SOP kemasukan ke Sabah.

Menurutnya, pengambilan ujian saringan dengan keputusan negatif adalah diwajibkan bagi setiap individu yang ingin memasuki Sabah, di samping turut menetapkan orang bukan asal Sabah dikehendaki untuk kuarantin wajib selama 14 hari di hotel atas tanggungan sendiri.

“Bagi penduduk asal atau penduduk tetap dan pemegang pas kerja yang bermastautin di Sabah dikehendaki menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah apabila tiba di sini.

“Kemasukan pegawai kerajaan yang mempunyai surat rasmi bertugas di Sabah adalah dibenarkan.

“Selain itu, orang luar atau pelabur asing yang datang untuk tujuan membuat pelaburan di Sabah adalah dibenarkan melalui kebenaran khas dengan mengemukakan permohonan terlebih dahulu,” katanya.

Masidi turut menambah bagi kemasukan pegawai kerajaan dan orang luar atau pelabur asing juga tidak terkecuali diwajibkan untuk membuat ujian saringan Covid-19 dengan keputusan negatif sebelum memasuki Sabah.

Pelaksanaan peraturan baharu terbabit akan berkuat kuasa bermula 20 Mei ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.