Covid-19 sudah kritikal, kuarantin wajib 14 hari semua negara, Najib beritahu Putrajaya

Semalam, Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 66 kes varian Afrika Selatan dan lima kes varian India dikesan dalam negara. 

PETALING JAYA: Najib Razak menggesa Putrajaya melaksanakan tempoh kuarantin 14 hari secara pukal bagi semua negara kecuali 21 hari bagi India.

Bekas perdana menteri berkata, Malaysia wajar memansuhkan senarai 40 negara yang dikesan berlaku penularan varian B.1.351, varian B.1.1.7 dan varian UK B.1.1.7.

Katanya, pelawat dari negara yang tidak dinamakan dalam senarai 40 negara tersebut hanya dikenakan kuarantin wajib selama tujuh hari sahaja.

“Namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata bahawa varian India sahaja telah dikesan di 44 negara dalam dunia – iaitu melebihi 40 negara dalam senarai Malaysia.

“Jadi, saya percaya ia lebih wajar untuk Malaysia mansuhkan senarai 40 negara tersebut untuk digantikan dengan pelaksanaan tempoh kuarantin 14 hari secara pukal bagi semua negara kecuali 21 hari bagi India,” katanya di Facebook.

Kerajaan pada 29 April lalu mewajibkan pengembara dari 40 negara dikesan varian berkenaan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun, negara yang tidak dinamakan dalam senarai 40 negara berkenaan masih dikenakan kuarantin wajib selama tujuh hari.

“Keadaan Covid-19 ketika ini juga sudah kritikal dan kita tidak patut naikkan lagi risiko pada negara.

“Saya amat bimbang dengan kelonggaran tempoh kuarantin tujuh hari sahaja yang masih diberi kerajaan kepada negara yang tidak ada dalam senarai 40 negara tersebut,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 66 kes varian Afrika Selatan dan lima kes varian India dikesan dalam negara.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.