COVID-19: Umat Islam diminta terus bermunajat

[email protected]

ALOR SETAR: Jabatan Mufti Negeri Kedah mengajak umat Islam untuk bermunajat dan berdoa kepada Allah bagi membendung pandemik COVID-19.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata ini kerana penularan COVID-19 ketika ini amat membimbangkan.

“Jabatan Mufti Kedah mengajak seluruh muslimin dan muslimat supaya dapat meneruskan aktiviti keagamaan di kediaman masing-masing dengan membaca surah Yassin bersama keluarga dengan niat Allah menyelamatkan kita semua.

“Selain itu kita boleh melakukan solat hajat bersama ahli keluarga dan membaca Qunut Nazilah setiap kali solat fardu dan memperbanyakkan zikir, istighfar, doa dan bermunajat kepada Allah,” katanya dalam satu kenyataan.

Fadzil berkata dengan usaha dan ikhtiar yang diambil umat Islam, diharapkan Allah akan mengangkat wabak COVID-19 dan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selamat dan sejahtera.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.