Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

#CucukMyAZ bantu orang ramai lebih yakin vaksinasi AstraZeneca

Sekali pandang, tanda pagar baru yang dicipta bagi pelaksanaan vaksinasi AstraZeneca sama seperti tanda pagar lain, adalah tanda pagar yang biasa-biasa sahaja.

Namun #CucukMyAZ yang telah menjadi sohor kini sejak program vaksinasi sukarela bermula 5 Mei lalu, telah membuat ramai warga media sosial tertawa dan dalam masa yang sama hairan.

Pengguna Twitter, Rin, yang memulakan tanda pagar itu berkata ia dicipta bagi “memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai program vaksinasi AstraZeneca.”

“Tak adalah fikir dalam sangat pun ketika membuatnya,” katanya dalam sebuah bebenang Twitter menerangkan asal usul tanda pagar tersebut.

“Awalnya saya fikir guna MYAZ tapi risau pula ia terlalu biasa.

“Kemudian terfikir perkataan SuntikAZMY namun ia tak berapa sedap. Kemudian timbul perkataan CucukAZMY, yang juga kedangaran janggal, jadi saya tukar jadi #CucukMYAZ.”

Tanda pagar tersebut menjadi tular ketika semakin ramai penduduk Kuala Lumpur dan Selangor menceritakan pengalaman mereka menerima suntikan vaksin AstraZeneca, bahkan ia turut digunakan oleh kementerian kesihatan di akaun media rasminya.

Twitter Dr Jemilah Mahmood memuji usaha Rin mempromosi vaksinasi AstraZeneca.

Tanda pagar tersebut turut menarik perhatian Dr Jemilah Mahmood, penasihat khas perdana menteri berhubung kesihatan awam yang bertanya mengenai siapa yang mencipta tanda pagar itu dengan tanda emoji ketawa.

Rin berkata dia tidak menyangka tanda pagar tersebut akan menjadi tular.

“Paling kurang pun saya fikir 10 orang kawan-kawan akan gunakannya.

“Namun hari ini, #CucukMYAZ digunakan sehingga trending dan turut dipakai oleh portal media, orang ramai dan kementerian,” katanya.

“Saya fikir kool juga sebab apa-apa yang promosikan keyakinan terhadap vaksin adalah bagus,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, vaksin AstraZeneca telah menimbulkan kebimbangan ramai orang kerana laporan mengenai kesan sampingannya yang boleh menyebabkan pembekuan darah.

Malahan, Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin turut berkata sekitar 8,000 orang membatalkan pendaftaran vaksinasi mereka di bawah MySejahtera selepas pengumuman kerajaan bahawa vaksin AstraZeneca akan dimasukkan ke dalam PICK.

Namun, kemudiannya, ia dikeluarkan dari PICK dan dijadikan sebagai program vaksinasi dengan pilihan sukarela kepada penduduk Kuala Lumpur dan Selangor. Dalam masa beberapa jam ia dibuka kepada orang ramai lebih dari 260,000 slot dos suntikan berjaya dihabiskan.

Memandangkan respons positif orang ramai selepas Khairy berkata usaha vaksinasi itu akan diperluaskan kerana vaksin AstraZeneca akan tiba di negara ini melalui inisiatif Covax.

Rin berharap tanda pagar #CucukMyAZ boleh membantu usaha Malaysia mencapai imuniti kelompok.

“#CucukMYAZ telah menunjukkan pilihan AstraZeneca beri kita peluang untuk lebih cepat mencapai imuniti kelompok.

“Kita boleh tunjukkan kepada orang yang ragu-ragu bahawa suntikan vaksin tidak menakutkan sekali gus menukar fikiran mereka.

“Saya senang hati hari ini semua orang guna #CucukMyAZ, dan saya syukur ramai yang ceritakan perjalanan vaksinasi mereka untuk orang lain tengok,” katanya lagi.

“Saya harap kalau slot suntikan AstraZeneca dibuka kepada negeri lain, reaksi orang ramai turut positif.”

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version