Dadah dalam genggaman

[email protected]

Langkawi: Lelaki disyaki pengedar dadah ditahan polis kerana memiliki dadah jenis heroin dan syabu di hadapan stesen minyak di Kampung Chandek Kura di sini, 12.10 tengah malam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek, 28, ditahan sepasukan anggota Balai Polis Padang Matsirat.

Beliau berkata, pemeriksaan menemui bahan disyaki dadah jenis heroin 16.95 gram (g) dan syabu (1.35g) dalam genggaman tangan kanan lelaki itu.

“Suspek yang juga penganggur dan penduduk tempatan ditahan untuk membantu siasatan dan merampas dadah berkenaan sebagai bahan bukti.

“Ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah morfin, selain memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, kira-kira sejam terdahulu, polis menahan lelaki berusia 24 tahun ketika menunggang motosikal curi di kawasan berhampiran.

“Suspek yang juga penduduk tempatan ditahan selepas dikesan menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan mencurigakan.

“Semakan mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Kampung Nyiur Chabang pada Rabu lalu,” katanya.

Shariman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.