Dakwaan pekerja Mines divaksin tidak benar, kata Khairy

Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan kakitangan Mines Resort Hotel sudah divaksin.

PETALING JAYA: Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan pekerja “Mines Resort Hotel” sudah divaksin.

Katanya, beliau sudah memeriksa dakwaan itu dengan Pejabat Kesihatan Petaling dan Kuala Lumpur.

“Tiada program vaksinasi khas untuk kakitangan Mines Resort,” katanya dalam Twitter.

Beliau menjawab catatan seorang pengguna Twitter yang mendakwa rakannya yang bekerja di “Mines Resort Hotel” sudah menerima vaksin Sinovac.

Catatan berhubung dakwaan itu kemudiannya dipadamkan di Twitter.

Khairy berkata, beliau masih menunggu “butiran terperinci” daripada rakan warganet yang membuat dakwaan berkenaan.

Bulan lalu, Khairy turut menafikan dakwaan beliau mengarahkan pekerja Kumpulan Genting divaksin.

Sebaliknya, beliau berkata, Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Pahang yang memutuskan untuk memberi vaksin kepada pekerja sektor pelancongan dari 56 hotel di Kuantan, Genting Highlands, Cameron Highlands, Jerantut, Raub, Mentakab, Bentong, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan di media sosial yang beliau mengarahkan 1,500 kakitangan Kumpulan Genting untuk divaksin.

Dalam isu berasingan, Khairy menjelaskan program vaksinasi untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan hanya akan dimulakan selepas vaksin untuk orang awam dalam fasa ketiga mencukupi.

“(Ia tidak akan dilaksanakan) ketika bekalan vaksin belum mencukupi,”

Kenyataan itu menyusul seorang pengguna media sosial memuat naik tangkap layar kemaskini daripada Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) mengenai vaksinasi.

Khairy berkata, alasan program vaksinasi bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan di bawah program vaksinasi negara bertujuan menawarkan vaksinasi kepada “kawasan industri besar dan kilang”.

“Langkah ini akan mencegah pekerja kilang daripada hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV).

“Program ini akan dijalankan melalui kerjasama awam-swasta, dengan kilang akan membayar kos mewujudkan lokasi vaksinasi ‘in situ’.”

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.