Dakwaan tak pakai pelitup muka ketika hadir mahkamah, Neelofa lagi sekali disiasat

Neelofa dan suaminya, PU Riz, hadir di Mahkamah Majistret Seremban semalam, bagi berdepan tuduhan.

PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan terhadap Noor Neelofa Mohd Noor yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka sewaktu hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung perkara itu atas tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti mana diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Mahkamah Majistret.

Neelofa didakwa dengan satu pertuduhan kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon ketika masuk ke sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada kira-kira 4 petang, 2 Mei lalu.

Sementara itu, Haris, yang juga dikenali sebagai PU Riz, didakwa dengan dua pertuduhan kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam di lokasi sama pada waktu dan tarikh sama.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.