Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas

[email protected]

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman dalam pertukaran

pegawai kanan membabitkan lapan jabatan diumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini.

Jawatan Pengarah JIPS pula bakal diambil alih Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Azri Ahmad, manakala Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, dilantik Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim, yang dilantik Pengarah Jabatan KDNKA.

Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Superintendan Skandaguru Anandan, berkata Komisioner Polis (CP) Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Datuk Zaini Jass dilantik Pengarah Pengurusan, bagi mengisi jawatan ditinggalkan Datuk Ramli Din.

“Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, dilantik Pengarah JSJK, manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kekal di jawatan sama dengan dinaikkan pangkat sebagai CP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.