Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

DBKL lapor polis provokasi peniaga tanpa permit

bhnews@bh.com.my

Have you seen this video?

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan polis berhubung kes provokasi penjaja tanpa kebenaran terhadap penguatkuasanya dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), semalam.

Menerusi satu kenyataan hari ini, DBKL menjelaskan kejadian berlaku pada Isnin jam 12.15 malam.

Menurutnya, ketika itu anggota penguatkuasaan DBKL membuat rondaan di sekitar Jalan TAR selepas mendapat aduan awam terdapat ramai peniaga tanpa kebenaran beroperasi di lokasi itu.

“Ketika tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati beberapa peniaga tanpa kebenaran beroperasi dan sudah menasihat dan meminta mereka untuk beredar.

“Tindakan mereka berniaga di luar waktu yang dibenarkan iaitu melebihi jam 12 tengah malam dan sudah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bagaimanapun, peniaga yang berkenaan enggan beredar malah mula membuat tindakan

provokasi terhadap anggota bertugas,” katanya.

DBKL berkata, ada juga peniaga yang sengaja memukul ‘roller shutter’ premis perniagaan berhampiran selain menghambur kata-kata kesat.

Menurutnya, peniaga tanpa kebenaran turut menjejaskan peniaga yang sudah mempunyai

lesen yang berniaga di lokasi yang sama.

“Tindakan mereka berniaga di luar waktu yang dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan juga mengundang pelbagai masalah.

“Tiada tindakan sitaan dilaksanakan oleh DBKL dalam kejadian itu dan satu laporan polis sudah dibuat mengenainya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version