DBKL nafi pilih kasih benarkan perniagaan beroperasi ketika PKP

Pasar borong, pusat penjaja dan trak makanan antara aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP penuh.

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan dasar pilih kasih dalam membenarkan perniagaan di ibu kota beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

DBKL dalam kenyataan hari ini menjelaskan kebenaran untuk perniagaan beroperasi tertakluk kepada keputusan dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi ialah pasar borong, pusat penjaja, pasar berbangunan/berbumbung, gerai tepi jalan, bazaria, kios/gerai berkunci, trak makanan, penjaja beredar, permit sementara, lesen waktu terhad dan lesen sementara KL Prihatin.

“Pasar pagi terbuka sama seperti pasar malam/pasar tani yang tidak dibenarkan kerajaan untuk beroperasi,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata, setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi SOP ditetapkan.

“Sehingga kini, DBKL membuat pemantauan di lokasi tersebut dan 22 notis kompaun dikeluarkan terhadap premis yang tidak mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Pada 9 Jun lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa wujud layanan dua darjat oleh DBKL dalam membenarkan pasar beroperasi sepanjang PKP penuh susulan aduan penjaja pasar pagi terbuka yang diarah menghentikan operasi dalam tempoh tersebut.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.