Dhanaraj selar tindakan MSN

[email protected]

Kuala Lumpur: Taekwondo Malaysia (TM) meluahkan rasa kecewa apabila Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil tindakan menggantung dan menyingkirkan salah seorang jurulatihnya dari premis MSN tanpa berbincang dengan pihak TM terlebih dahulu.

TM menerusi Pengarah Teknikalnya, R Dhanaraj berkata, perkara ini kini sudah berada di luar bidang kuasa TM dan MSN apabila ia membabitkan siasatan pihak polis.

Insiden ini secara tidak langsung mencemarkan nama baik TM dan mengganggu persiapan atlet negara apabila kesemua saksi dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan.

Tambahan pula perkataan ‘digantung’ sementara yang digunakan oleh MSN sendiri dianggap terlalu keras dan tidak sesuai di gunakan.

“Sepatutunya mereka tak boleh guna perkataan digantung. Mungkin boleh digantikan dengan perkataan seperti ‘direhatkan’ sementara.

“Perkataan digantung itu boleh mencemarkan nama baik jurulatih sekiranya keputusan siasatan polis mendapati jurulatih berkenaan tidak bersalah,” katanya.

Dhanaraj ketika dihubungi turut menegaskan bahawa setiap tindakan perlulah adil untuk kedua-dua pihak.

Adalah tidak wajar mengambil tindakan terhadap satu pihak sahaja dimana kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil oleh TM, Dhanaraj berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya tugas siasatan kepada pihak polis dan tindakan susulan hanya akan diambil selepas keputusan rasmi pihak polis diterima.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.