Dibunuh bapa sendiri kerana belum nikah

Tehran: Gara-gara pertelingkahan mengenai statusnya yang belum berkahwin, bekas pengarah filem Iran, Babak Khorramdin, 47, dibunuh kejam oleh ibu bapanya.

Menurut polis, mangsa dibunuh kerana menjaga kehormatan keluarga.

Mayat mangsa ditemukan di dalam beg sampah dan sebuah beg di Ekbatan, barat Tehran, Ahad lalu.

Polis turut menemui bukti pembunuhan itu dilakukan di rumah keluarganya.

Berikutan itu, kedua-dua orang tuanya ditahan dan bapanya dibicarakan di mahkamah pada Rabu ketika siasatan masih dijalankan.

Ketua Mahkamah Jenayah Tehran, Mohammad Shahriari berkata, bapa mangsa, Akbar mengaku membunuh anaknya dengan membius lelaki itu.

Lelaki itu kemudian ditikam dan tubuhnya dikerat sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong sampah.

Dalam pada itu, Agensi Berita Rokna melaporkan Akbar berkata, selepas membunuh Khorramdin, isterinya membantu mengangkat mayat anak mereka ke bilik mandi sebelum mereka mengerat dan menyumbat mayat dalam sebuah beg dan tiga tong sampah.

“Disebabkan pertengkaran kami, saya ‘menenangkannya’ (mangsa) pagi ini (Ahad) dengan menyuntik bius sebelum menikamnya hingga mati.

“Kemudian, saya mengerat mayatnya sebelum buang ke tong sampah terdekat di jalan bersama isteri,” katanya dalam portal Metro.co.

Sementara itu, Iran News melaporkan, Akbar turut membuat pengakuan dia turut membunuh anak perempuannya tiga tahun lalu dan menantunya 10 tahun lalu yang disifatkannya sebagai pembunuhan kehormatan. – Agensi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.