Dion Cools sarung jersi Harimau Malaya?

[email protected]

Kuala Lumpur: Adakah kem Harimau Malaya bakal membuat kejutan dengan memanggil seorang lagi pemain kacukan untuk memperkuatkan pasukan menjelang saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023?

Situasi terbabit ketika ini bertiup kencang apabila dikhabarkan pemain kacukan Malaysia-Belgium Dion Cools bakal menyertai skuad Harimau Malaya di Dubai sebaik diberikan pelepasan oleh kelabnya FC Midtylland.

Nama pemain yang lahir di Kuching, Sarawak itu diumumkan menerusi laman web rasmi kelab terbabit dengan menyenaraikan Cools antara dilepaskan untuk beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Jun depan.

Menerusi kenyataan rasmi kelab yang beraksi di liga utama Denmark itu menyatakan bahawa Cools antara 16 pemain dipanggil bagi mewakili pasukan negara dalam perlawanan kelayakan ataupun perlawanan persahabatan.

“Dion Cools dipanggil kali pertama menyertai skuad kebangsaan sepanjang kariernya dalam bola sepak. Cools pernah beraksi sebanyak 28 kali untuk skuad belia Belgium.

“Ayahnya berasal dari Belgium manakala ibunya pula adalah Malaysia, dia layak untuk menyarung jersi pasukan Malaysia,” katanya.

Berdasarkan rekod, pemain berusia 24 tahun itu pernah beraksi bersama dua kelab di Liga Jupiler PRO iaitu OH Leuven dan Club Brugge selama lima setengah musim sebelum berhijrah ke FC Midtylland.

Pemain yang beraksi di pertahanan kanan bukan sahaja ketika ini beraksi naib juara Liga Denmark namun dia hampir mencatatkan nama sebagai pemain berasal dari Malaysia beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Namun, skuad kendalian Brian Priske itu gagal melepasi saingan peringkat kumpulan yang turut diisi Liverpool, Ajax Amsterdam dan Atalanta.

Jika benar Cools tersenarai bagi memberi impak kepada barisan pertahanan terutama di bahagian kanan yang kini turut akan diisi oleh Matthiew Daivies dan Rizal Ghazali.

Namun, Cools juga dikatakan boleh mengisi kekosongan di bahagian pertahanan tengah dan kiri berdasarkan kepada kemampuannya ketika ini.

Sementara itu, tinjauan Arena Metro di laman web rasmi FC Midtylland mendapati kenyataan rasmi berkaitan Cools sudah dipadam dipercayai mahu memberi laluan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi.

Pengurus skuad Harimau Malaya Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan situasi berkenaan kerana tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kehadiran Cools dalam skuad kebangsaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.