Dipecat angkara pesanan ‘WhatsApp’

Berlin: Bekas penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann dipecat oleh pasukan Bundesliga, Hertha Berlin selepas menghantar mesej berbaur perkauman melalui aplikasi WhatsApp kepada hos televisyen.

Lehmann sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Penyelia Hertha Berlin.

“Kami sudah menamatkan kontrak Jens Lehmann. Ini bermakna beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penyelia Hertha Berlin,” kata jurucakap kelab itu kepada AFP

Lehmann, 51, adalah anggota skuad ‘Invincibles’ Arsenal musim 2003-04, ditunjukkan jalan keluar oleh kelab berkenaan selepas secara tidak sengaja menghantar pesanan WhatsApp kepada bekas pertahanan Jerman, Dennis Aogo, yang bapanya berasal dari Nigeria.

Aogo, 34, yang menjadi hos ketika separuh akhir Liga Juara-Juara mendapat pesanan pesanan WhatsApp yang dikirimkan Lehmann dengan bertanya, “Adakah Dennis sebenarnya lelaki kulit hitam?”

Aogo sempat tangkap layar pesanan berkenaan dan memuatnaik di laman sosial, Instagram yang mempunyai 81,000 pengikut melalui kapsyen, “WOW, adakah anda serius? @jenslehmannofficial Mesej itu mungkin bukan untuk saya !!! “.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.