Disindir Wafariena Di Media Sosial, Iqbal Zulkefli Tampil Beri Penjelasan!

Penyanyi dan pelakon, Iqbal Zulkefli dilihat memberikan penjelasan di media sosial setelah disindir pelakon jelita, Wafariena berhubung isu beliau yang sering memandang Wafa ketika menjalankan penggambaran bersama serta usikan netizen yang mahukan mereka mendirikan rumah tangga.

Tidak Kisah Terima Kecaman

Menerusi Insta Stories, Iqbal menjelaskan bahawa beliau tidak kisah mendapat kecaman dan dipandang terhegeh-hegeh berhubung isu yang melibatkan dirinya dan Wafariena.

“Saya tidak kisah dipandang terhegeh dan menerima kecaman, walaupun dari awal saya katakan Wafariena hanya kawan. Apabila Wafariena sindir dan mengatakan saya tidak profesional bekerja, ini yang saya kisahkan.”-Jelas Iqbal

Bimbang Dengan Tanggapan Pengarah, Produksi & Artis Lain

Tambahnya lagi, Iqbal turut meluahkan rasa bimbang akan tanggapan pengarah, produksi, dan artis lain apabila dia dihentam sebegitu oleh artis yang pernah bekerjasama dengannya.

“Apa kata pengarah lain, produksi dan artis di luar sana apabila saya dihentam sebegini oleh artis yang sangat baik dengan saya di set padahalnya. Tentu mereka takut untuk kerjasaman dengan saya.”-Luah Iqbal

Apa pendapat anda?

The post Disindir Wafariena Di Media Sosial, Iqbal Zulkefli Tampil Beri Penjelasan! appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.