Dituduh Menipu Pelanggan, Alha Alfa Kesal Dengan Dakwaan Netizen!

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa meluahkan rasa kesal dengan komen seorang netizen yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas terhadap salah satu video tutorial mekap yang dimuatnaik di media sosial.

Mahu ‘Tuan Badan’ Beri Permohonan Maaf

Menurut Alha Alfa, hantaran yang dimuatnaik di Instagram mengenai komen netizen itu akan dipadam jika individu itu tampil memberikan permohonan maaf kepadanya.

“Posting ini akan dipadam sehingga tuan badan minta maaf. Saya bukan heran sangat komen-komen macamni, tapi dah zaman 2022 ni saya nak kita sama-sama belajar.

Kalau awak nak jatuhkan orang, kalau awak tak mampu, baik tengok dan berdoa semoga Allah bagi rezeki.”-Tulis Alha Alfa

“Takde Makna Dah Nak Tunjuk Lain Pakai Lain”

Tambahnya lagi, usahawan kosmetik yang telah menjalankan perniagaan selama hampir enam tahun ini mengakui menipu pelanggan bukanlah cara yang diamalkan olehnya.

“Maaf awak, kalau nak menipu CUSTOMER ni bukan cara saya. Dah nak masuk 6 tahun dah @alhaalfacosmetics_hq ni. Takde makna dah nak tunjuk lain pakai lain.-Jelas Alha Alfa

Di akhir hantaran nya, Alha Alfa turut menitipkan doa agar dia dan orang ramai dapat dijauhkan dari sifat individu yang iri hati dan fitnah.

The post Dituduh Menipu Pelanggan, Alha Alfa Kesal Dengan Dakwaan Netizen! appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.