Dituduh “Murtad”, Apa Respon Naufal Azrin

Tular lagu Casablanca di serata dunia yang mana penyanyinya merupakan penyanyi Malaysia. Lagu Casablanca merupakan lagu melayu yang di campurkan sekali dengan lirik bahasa arab.

Penyanyi lagu Casablanca, Naufal Azrin dan Nuha Bahrin menghadiri satu podcast untuk sesi perkongsian diantara mereka berdua. Namun,  semasa perkongsian tersebut, satu perkara yang di luar jangkaan pihak podcast berlaku, dimana Naufal akui dia pernah dituduh “murtad” oleh netizen.

VIA Youtube Budiey Channel

“saya pernah belajar sekejap dekat pondok. saya keluar dari pondok, sebab saya pun mempunyai minat yang sama macam Nuha. Saya memang nak menyanyi dari dulu. Saya masuk pondok pun sebab taat perintah keluarga. Tapi takpe, sebab saya rasa perlu saya masuk pondok untuk saya jaga diri saya dekat luar.”- katanya kepada youtuber

Naufal akui bahawa dia pernah menuntut ilmu di sebuah pondok dan sekarang dia secara rasminya berhenti belajar di pondok. Katanya, dia berhenti di pondok kerana ingin mengejar minatnya iaitu menyanyi. Dia juga mengatakan dia menuntut ilmu di pondok itu atas dasar taat kepada keluarga. Baginya, ada baiknya juga dia menuntut ilmu di pondok kerana itu boleh menjaga dirinya di luar sana nanti.

Dilabel Sebagai Murtad

VIA Instagram naufalazrin

“saya jenis yang tak kisah orang nak cakap apa. nak cakap apa, cakap lah. Yang penting saya tahu apa yang saya buat.”- Naufal Azrin

Menurut Naufal, dia jenis yang tidak kisah apa yang orang cakap pasal dia, kerana hanya dia dan Allah je yang tahu apa yang dia buat.

“Nuha faham korang terkejut dengan perubahan dia. That to much sampai nak kaitkan nama mak ayah. Naufal ni the nice guy that i found in my life. Naufal ni seorang yang sangat menjaga solat . Sebelum record, dia mesti akan macam” jap! nak solat”. Naufal banyak nasihat Nuha sepanjang perkenalan dia.”- Nuha Bahrin

Nuha bongkarkan perkara sebenar yang mana Naufal banyak nasihatkan Nuha. Nuha mengatakan tindakan netizen ini dah melampau dalam memberi komen kepada Naufal. Baginya, tak perlu sampai nak kaitkan nama mak ayah yang mana tiada kaitan sama sekali. Nuha juga mengatakan Naufal ini seorang lelaki yang sangat baik dan Naufal juga seorang yang sangat menjaga solat.

 Bawa Nasihat Mak

VIA Instagram naufalazrin

 

“kalau macam saya, saya akan bawa nasihat-nasihat mak saya. Maksudnya setiap apa yang saya nak buat, saya kena fikir 2 3 kali dulu. Macam saya nak nyanyi lagi Casablanca, saya minta izi mak saya dan mak saya cakap kalau nak buat, buatlah asalkan jaga  solat.

Saya dah takde bapa. Bapa saya dah meninggal masa saya Form 2. So apa-apa yang saya buat, atas dasar nak tolong mak saya. So, kalau orang nak cakap apa, cakap lah. yang penting saya hidup ni, nak tolong mak saya je”- tulisnya

Apa-apapun, jangan terlalu menghukum orang lain dengan apa yang kita nampak sahaja.Semoga Naufal kuat untuk tempuh dunia hiburan,

The post Dituduh “Murtad”, Apa Respon Naufal Azrin appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.