Dua anak mula merengek rindukan Dr Fatihah

[email protected]

Kuala Lumpur: “Dua anak sudah mula aktif. Adakalanya mereka merengek sebab merindukan belaian mummy (ibu) mereka,” kata Ahmad Nazri Jantan.

Ahmad Nazri adalah suami kepada pegawai perubatan, Dr Fatihah Shahrudin, 29, yang positif Covid-19 dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Ahmad Nazri, 39, yang masih dikuarantin di rumah kerana turut positif Covid-19 berkata, walaupun masih lemah, keadaannya bertambah baik.

Menurutnya, dia bersyukur kerana anak lelaki berusia tiga tahun dan anak perempuan berumur dua tahun yang positif virus itu sejak 1 Jun lalu sepertinya serta tinggal bersamanya kuarantin di rumah, sudah semakin aktif.

“Dr Fatihah pula sudah mula respons (mempunyai reaksi) dengan panggilan, tetapi masih lemah. Jadi, doktor akan teruskan dengan ‘intubated’ lagi hari ini.

“Bagaimanapun, dia dibantu dos bantuan oksigen lebih rendah berbanding semalam. Sedatif sudah diberhentikan untuk membolehkan dia sedar.

“Antibiotik akan dikurangkan untuk membiasakan diri. Lebih melegakan dan syukur sebab bayi kami sudah mula diberi susu hari ini, walaupun masih di dalam inkubator,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia kerana terus berdoa untuk keselamatan dan kesembuhan isteri serta keluarganya.

Laporan muka depan Harian Metro semalam menyiarkan kisah Dr Fatihah yang positif Covid-19 serta mengandung 29 minggu dan kini dirawat ICU Hospital Sungai Buloh, selamat melahirkan bayi perempuan pada malam Ahad lalu.

Kisah penuh emosi nasib doktor yang bertugas di Hospital Kajang itu dikongsi melalui satu ciapan di laman Twitter Public Health Malaysia yang mengajak orang ramai mendoakan kesembuhan keluarga itu khususnya Dr Fatihah dan bayinya.

Berita berkaitan

‘Dr Fatihah sudah mula sedar, bayi stabil’

‘Doa buat Dr Tehah’

‘Bayi Dr Fatihah selamat dilahirkan’

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.