Dua lagi pusat kuarantin, rawatan dibuka di Kelantan

[email protected]

KOTA BHARU: Peningkatan kes COVID-19 di negeri ini setiap hari menyebabkan Kelantan terpaksa membuka dua lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) masing-masing di Pasir Mas dan Tanah Merah.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob, berkata dua PKRC itu dalam persiapan terakhir dan akan beroperasi mulai esok.

Katanya, dua PKRC itu adalah Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas dan Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah.

“Dewan KKTM dapat memuatkan 80 katil bertingkat dengan 160 pesakit wanita, manakala Dewan Jubli Perak boleh memuatkan 100 katil bertingkat untuk 200 pesakit lelaki.

“Dua PKRC ini bakal dibuka kerana pertambahan bilangan pesakit di PKRC sedia ada terutama membabitkan pesakit wanita.

“PKRC di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa yang menempatkan pesakit wanita sudah penuh 100 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, enam PKRC yang lain juga hampir penuh dengan jumlah pesakit di antara 50 sehingga 80 peratus.

Katanya, penambahan dua PKRC itu menjadikan keseluruhan 10 PKRC di Kelantan.

“Kelantan masih merekodkan kes yang tinggi setiap hari dan kita berharap masyarakat bertanggungjawab untuk mengekang penularan COVID-19 dengan patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.