Elak jerat along

[email protected]

JOHOR BAHRU: Akibat kehilangan pekerjaan, ada yang terpaksa meminjam wang daripada pemberi pinjam wang haram atau along untuk membuat persiapan Aidilfitri.

Walaupun pinjaman membabitkan jumlah yang kecil, perbuatan itu ibarat mengundang musibah apabila mereka terjerat dengan kerakusan lintah darat itu.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon, berkata setakat ini beliau menerima aduan daripada lebih 10 individu selepas terjerat dengan bayaran bunga yang terlalu tinggi.

Katanya, individu terbabit hanya meminjam dalam jumlah RM1,000 hingga RM2,000, namun, disebabkan kadar bunga atau faedah yang tinggi, mereka terpaksa membayar dua kali ganda malah lebih.

“Jumlah yang dipinjam tidak besar, tetapi boleh jadi besar selepas dikira dengan kadar faedah yang terlalu tinggi sehingga ada yang mengadu tidak mampu melunaskan hutang mereka yang semakin berganda.

“Biasanya mereka meminjam kerana mahu membuat persiapan raya, beli baju anak-anak dan hantar kepada keluarga di kampung,” katanya.

Michael Tay berkata, sejak awal tahun ini, hampir 50 peminjam ceti haram membuat aduan kepadanya kerana tidak mampu membayar kadar bunga yang tinggi.

Katanya, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes mangsa along, terdapat tiga kategori kategori along.

“Kategori along yang ganas akan bertindak melemparkan cat merah, membuat ugutan, serta tidak teragak-agak untuk bakar kenderaan atau rumah.

“Bagi along kategori sederhana, mereka menggunakan tekanan dari segi kadar faedah yang tinggi. Sementara ada along yang boleh bertolak ansur dari segi tempoh pembayaran.

“Namun, apa pun kategori along, elakkan meminjam wang dari mereka dalam apa juga keadaan kerana hidup akan menjadi sengsara apabila termasuk dalam jerat along,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.