Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-1ZdgE5.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-1ZdgE5.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Empat premis lombong bitcoin di Senawang diserbu

[email protected]

Seremban: Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong bitcoin di empat premis kedai di Taipan 2 Pusat Bandar Senawang, di sini, dibongkar menerusi serbuan petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, kegiatan itu dipercayai beroperasi sejak Ogos tahun lalu yang mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerugian kira-kira RM1.2 juta.

Katanya, hasil risikan dalam tempoh dua minggu, satu operasi oleh sepasukan anggota polis bersama kakitangan TNB dilakukan jam 2.30 petang semalam.

“Mereka menggunakan modus operandi menyewa tingkat dua premis terbabit bagi mengelak dikesan pihak berkuasa sebelum membuat penyambungan elektrik secara haram.

“Bagaimanapun, ia terbongkar selepas TNB mengesan penggunaan elektrik yang tinggi di semua premis terbabit.

“Melihat kepada keadaan di dalam premis dengan peralatan yang dipasang, ia dijadikan sebagai tempat melombong bitcoin dengan mencuri elektrik tanpa sambungan meter TNB,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengenal pasti dalang di sebalik aktiviti berkenaan manakala pemilik premis dipanggil bagi membantu siasatan.

Katanya, pihaknya percaya kemungkinan empat premis terbabit disewa oleh pihak yang sama. “Polis juga merampas semua 355 mesin dan beberapa peralatan dari keempat-empat premis berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 kerana mencuri elektrik dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat terhadap bangunan,” katanya.

Keterangan gambar

SEREMBAN 8 MEI 2021. Sebahagian peralatan yang dirampas daripada empat premis yang disyaki mencuri elektrik untuk aktiviti melombong wang digital. Ihsan Polis.

SEREMBAN 8 MEI 2021. Anggota polis membuat pemeriksaan terhadap peralatan mesin yang digunakan di premis yang disyaki mencuri elektrik bagi aktiviti melombong wang digital. Ihsan Polis.

-tamat.

#kw, premis curi elektrik, lombong mata wang digital, empat premis, diserbu polis, senawang.

From: Md Amin Jalil

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.