Eriksen rebah, aksi Denmark-Finland dihentikan

COPENHAGEN: Bintang Denmark Christian Eriksen tumbang di atas padang ketika aksi Euro 2020 menentang Finland di Copenhagen, menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan.

Pemain-pemain Denmark kelihatan bersedih dan mengelilingi Eriksen yang dirawat di tepi padang.

Perlawanan ketika itu sedang memasuki waktu rehat ketika kedudukan terikat tanpa jaringan.

Eriksen yang sebelum itu sedang menerima lontaran ke dalam, tiba-tiba tumbang dan tidak sedarkan diri.

“Perlawanan UEFA Euro 2020 di Copenhagen ditangguhkan akibat kecemasan perubatan,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

Berita lanjut menyusul. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.