Eriksen rebah di tengah padang, perlawanan ditangguh

Copenhagen: Pemain bintang Denmark, Christian Eriksen rebah di tengah padang ketika aksi Euro 2020 menentang Finland di Copenhagen, menyebabkan perlawanan ditangguh di penghujung babak pertama.

Rakaman televisyen menunjukkan rakan sepasukannya menangis pada ketika petugas kesihatan berusaha memulihkan pemain Inter Milan itu yang rebah di tepi garisan.

Pemain terbabit diusung keluar dari padang dengan pengusung sambil dilindungi kain putih dipegang petugas kesihatan manakala rakan sepasukannya bertindak sebagai pendinding di bahagian depan.

“Perlawanan EURO 2020 di Copenhagen ditangguhkan kepada kecemasan perubatan,” kata UEFA dalam kenyataan ringkas.

Penyokong di Stadium Parken di ibu negara Denmark terdiam apabila pemain berusia 29 tahun itu rebah ke tanah pada hujung babak pertama, sebelum rakan sepasukan mengelilinginya.

Selepas 15 minit, Eriksen diusung keluar dari padang dengan diiringi rakan Denmark dan pemain Finland kemudian turut meninggalkan padang.

Penonton yang pada mulanya bersorak selepas menyaksikan pasukan kebangsaan secara langsung di stadium, terdiam di tempat duduk untuk menantikan perkembangan keadaan terkini Eriksen.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.