“Fatima Tenang Je Tengok Monyet”- Peminat Terhibur Lihat Gelagat Anak Fazura

Tidak asing lagi pasangan pelakon Malaysia, Fazura dan Fattah Amin telah dikurniakan seorang puteri yang bernama Nur Fatima Aisya atau lebih manja dipanggil Fatima.

Baru-baru ini, Fazura telah memuatnaik satu video di laman sosial tiktok miliknya @skincarebyfazura. Video tersebut telah menjadi perhatian para peminat dengan gelagat anaknya Fatima.

“Fatima Relaks Je Tengok Monkey

@skincarebyfazura

Tengok last sekali reaction Fatima #fattzurajunior #fyp

♬ original sound – Nur Fazura – Nur Fazura

Menerusi video tersebut, terlihat keluarga Fazura sedang menikmati makanan di sebuah restoran. Namun, kehadiran monyet di sekitar restoran tersebut telah menimbulkan situasi cemas kerana risaukan monyet itu akan menyerang orang- orang disitu. Apa yang lebih menarik perhatian, Fatima tetap dalam keadaan tenang dan menikmati hidangan yan disediakan.

“Fatima Santai”

Hasil tinjauan Murai MY ke ruangan komen posting tersebut, para peminat terhibur dengan gelagat Fatima yang tidak menghiraukan apa yang terjadi dan masih tenang makan makanannya. Ada juga yang memberi komen mengatakan bahawa perempuan dan makanan tidak dapat dipisahkan.

Tak peduli apa jadi janji dapat makan.perempuan dengan makanan tak dapat dipisahkan

dia be like ape ni ape ni,ah makan lagi bagus

Fatima santai..

VIA Tiktok skincarebyfazura

Sekadar info, Pada 23 November 2017, Fattah mengesahkan bahawa dia dan Fazura telah bertunang pada 13 November. Pasangan itu membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga mereka. Mereka berkahwin dalam majlis secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kawan rapat pada 27 November 2017, di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

The post “Fatima Tenang Je Tengok Monyet”- Peminat Terhibur Lihat Gelagat Anak Fazura appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.