Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-sMUYE8.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-sMUYE8.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Fattah Amin Terima Anugerah Dekan, Dibanjiri Ucapan Tahniah Peminat

Pelakon, Fattah Amin berkongsi khabar gembira apabila dia telah menjadi penerima Anugerah Dekan dari Universiti Utara Malaysia dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel baru-baru ini.

Fattah Amin menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik foto sijil dekan yang diterima bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.

“Majlis Penyampaian Anugerah Dekan @bcim.uumkl @scimpauum.”-kapsyen Fattah di Instagram

Dibanjiri Ucapan Tahniah Peminat

Ruangan komen di hantaran Fattah dibanjiri dengan ucapan tahniah peminat yang meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Fattah, malah ada yang menyifatkan Fattah bukan sahaja seorang bapa dan suami yang baik, malah seorang pelajar yang minat dalam pelajaran.

“Wah tahniah Fattah..Complete semua dada Fatima ni. Pandai, kacak, seorang bapa & suami yang soleh dan penyanyang pada bidadarinya. Along yang baik pada keluarga.”

“Tapi Abam Fattah memang educated pun kan. No wonder lah dapat Dean’s List.”

“Masya Allah. Congratulations for you bamtah! Handsome bukan sebarang handsome, handsome dengan kebijaksanaan.”

Bapa dan suami yang baik, pelajar yang pintar. Memang cukup ‘pakej’! Tahniah Fattah Amin menjadi penerima Anugerah Dekan.

The post Fattah Amin Terima Anugerah Dekan, Dibanjiri Ucapan Tahniah Peminat appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.