Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-viqCt6.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-viqCt6.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

FDA tambah tempoh jangka hayat vaksin Covid-19 Johnson & Johnson

Washington: Johnson & Johnson pada Khamis berkata, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (AS) menambah tempoh jangka hayat satu suntikan vaksin Covid-19 dari tiga bulan kepada 4.5 bulan, memandangkan tarikh luput jutaan dos yang tidak digunakan di seluruh negara akan tamat bulan ini, lapor Xinhua.

Keputusan itu berdasarkan data kajian penilaian kestabilan yang sedang dibuat, menunjukkan bahawa vaksin kekal stabil sehingga 4.5 bulan ketika disejukkan pada suhu 36 hingga 46 darjah Fahrenheit, atau dua hingga lapan darjah Celsius, menurut pengeluar ubat itu.

“Bukti kajian Fasa Tiga ENSEMBLE kami menunjukkan satu suntikan vaksin Covid-19 kami mempunyai keberkesanan, termasuk terhadap varian virus yang sangat mudah merebak. Hasilnya tetap konsisten terhadap semua bangsa dan etnik, usia, lokasi geografi dan komorbiditi,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, daripada 21.4 juta dos Johnson & Johnson yang diedarkan di seluruh negara pada Rabu, hanya 11.2 juta dos sudah diberikan.

Ini bermakna separuh daripada dos yang dikeluarkan untuk AS tidak digunakan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.