Federer mahu tarik diri Terbuka Perancis

Paris: Roger Federer berkata, dia menimbang untuk menarik diri dari Terbuka Perancis walaupun berjaya mara ke pusingan keempat.

Sementara itu, Novak Djokovic dan Rafael Nadal bersedia untuk berdepan dua wakil remaja Itali yang dilihat mampu menjadi pemain masa depan untuk menguasai Grand Slam.

Dua bulan sebelum sambutan hari jadi ke-40, Federer yang juga juara 2009 dan berkemungkinan beraksi di Roland Garros terakhir mara untuk saingan minggu kedua buat kali ke-15.

Dia berjaya mencatat kemenangan 7-6 (7/5), 6-7 (3/7), 7-6 (7/4), 7-5 ke atas pemai ranking ke-59 dunia, Dominik Koepfer dalam aksi tanpa penonton di Court Philippe Chartrier selepas kerajaan negara berkenaan menjalankan Sekatan Pergerakan Penuh akibat peningkatan kes Covid-19.

Federer, yang menjalani dua pembedahan lutut tahun lalu dan hanya beraksi di kejohanan ketiga selepas Terbuka Australia 2020, dijadualkan pemain Itali, Matteo Berrettini.

“Saya tidak pasti akan terus beraksi. Saya harus membuat keputusan sama ada terus menyambung perlawanan atau tidak. Mungkin terlalu berisiko memberi tekanan kepada lutut saya. Mungkin ia adalah masa yang sesuai untuk berehat,” kata Federer.

Pemain yang meraih kejuaraan Grand Slam sebanyak 20 kali itu sentiasa menegaskan Wimbledon menjadi keutamaannya tahun ini.

Dia memburu kejuaraan kesembilan di All England Club, di mana kejohanan itu bermula pada 28 Jun.

Djokovic juara di Paris pada 2016 dan memburu gelaran Grand Slam kali ke-19, berjaya mengalahkan pemain ranking ke-93 dari Lithuania, Ricardas Berankins 6-1, 6-4, 6-1.

Pemain nombor satu dunia itu akan beraksi di kelompok 16 akhir buat kali ke-12 berturut-turut berdepan pemain 19 tahun, Lorenzo Musetti.

Penyandang juara, Nadal mara ke pusingan keempat buat kali ke-16 meraih kemenangan ke-103 di Paris untuk mencatat rekod baru jumlah kemenangan di Grand Slam, mengetepikan rekod Federer 102 kemenangan di Terbuka Australia menang 6-3, 6-3, 6-3 ke atas wakil Britain, Cameron Norrie.

Nadal yang memburu kejuaraan Roland Garros buat kali ke-14 akan berdepan pemain remaja Itali, Jannik Sinner.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.