London: Bruno Fernandes hampir pasti menandatangani kontrak baharu lumayan dengan nilai gaji £200,000 (RM1.17 juta) mingguan di Manchester United menurut beberapa laporan.
Red Devils sedia menggandakan gaji terkini perancang tengah Portugal berkenaan selepas pemain itu memberikan impak dalam pasukan sejak menyertai kelab Inggeris itu pada Januari 2020.
Fernandes, 26, masih mempunyai baki kontrak empat tahun daripada kontrak asal.
Dilaporkan Man United mahu memberi ganjaran kepada prestasi cemerlangnya.
Menurut laporan, ejen Fernandes Miguel Pinto sudah mengadakan perbincangan dengan pengurus kelab itu.
Semuanya berjalan lancar, kontrak berkenaan sepatutnya dapat ditandatangani sebelum Fernandes bermain untuk negaranya dalam saingan kejohanan Euro.
Menjelang tawaran baharu itu pemain tengah itu berkata: “Keutamaan saya hari ini adalah memenangi trofi.
“Mengumpul kejuaraan bersama pasukan adalah lebih penting daripada pencapaian individu dan kami sedang berusaha ke arah itu.
“Saya rasa kelab ini sudah mempamerkan banyak peningkatan sejak saya tiba di sini.
“Ia berkembang peringkat demi peringkat dan pemain bertambah bersemangat serta mempunyai mentaliti yang diperlukan bagi kelab seperti Manchester United, yang mahu memenangi kejuaraan dan lebih banyak gelaran.
“Itulah sebabnya mengapa kami di sini. Saya rasa seperti sebahagian daripada itu dan saya di sini untuk membantu kelab melakar kegemilangan.”
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Harian Metro