Filem Geran ‘tembusi’ Amerika Syarikat!

[email protected]

Kuala Lumpur: Pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar berkongsi kegembirannya di Facebook selepas filem arahannya itu akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Jun ini di platform digital, Hi-Yah. 

Menurutnya, ini adalah permulaan yang baik untuk filem tempatan sekali gus membakar semangat untuk pergi lebih jauh. 

“Tahniah Geranian. Usaha memperkenalkan seni budaya warisan kita di persada antarabangsa menjadi kenyataan. Tayangan di seluruh benua Amerika Syarikat pada 4 Jun 2021. 

“Ini permulaan yang baik atas usaha kita bersama. Biarlah ia berlayar sejauhnya. Walaupun kecil usaha kita, tetapi kita punya semangat yang besar untuk meredah ombak gelora di masa hadapan. 

“Harapan saya, mungkin ini salah satu langkah untuk kita pergi lebih jauh,” tulisnya. 

Tambah Areel, kerjasama antara semua pihak mampu memberikan hasil yang berkualiti serta membanggakan. 

“Muafakat yang kuat boleh meruntuhkan tembok keegoan untuk menghasilkan karya yang baik dan berkualiti.

“Marilah jiwa-jiwa yang murni meraikan seni warisan kita. Jangan ada rasa malu dan ketinggalan. 

“Kita punya identiti tersendiri. Kita mampu mengorak langkah dengan niat yang satu,” tulisnya. 

Areel juga berharap agar kutipan daripada tayangan filem berkenaan dapat menjadi modal untuk karya-karyanya selepas ini. 

“Harapan supaya kutipan ini boleh mengembalikan modal untuk kami menghasilkan karya yang akan datang dari mengharapkan bantuan orang lain yang belum tentu mempunyai tujuan yang sama. 

“Nantikan naskah seterusnya Walid,” tulisnya lagi. 

Dalam hantaran sama, Areel turut memuat naik dua poster filem itu. Salah satunya adalah poster asal filem Geran, manakala satu lagi poster dengan judul baharu, Silat Warriors: Deed of Death.

Geran yang pernah memenangi Anugerah Daniel A Craft di New York Asian Film Festival 2020 dibintangi oleh Namron, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar dan ramai lagi. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.