Gaza bergelut krisis kesihatan akibat peperangan

GAZA: Penduduk di Gaza dan agensi bantuan antarabangsa bertungkus-lumus menghadapi krisis perubatan ketika hospital sudah dipenuhi mangsa yang cedera selepas pertempuran 11 hari Israel-Palestin.

Pada masa sama, pasukan perubatan kini turut berdepan lonjakan peningkatan kes COVID-19 di pusat perlindungan yang penuh sesak dengan pesakit mendapatkan rawatan.

Puluhan ribu orang membanjiri ruang bawah tanah, pusat komuniti dan tempat lain di seluruh Gaza untuk mengelak serangan udara tentera Israel, sekali gus mewujudkan peluang penyebaran virus.

Serangan juga menyebabkan lebih 1,900 orang cedera di seluruh Gaza, sebelum gencatan senjata diumumkan pada Jumaat lalu.

Menurut pegawai kesihatan, sekurang-kurangnya 248 orang di Gaza dan 12 di Israel terbunuh dalam gelombang serangan Israel dan roket dari Gaza.

“Ini menjadi beban berganda dalam tempoh 12 hari ini.

“Pihak kami menghadapi banyak lagi kes COVID-19 dan korban yang besar pada masa sama,” kata Abdel-Latif al-Hajj, seorang doktor dan pengarah kerjasama antarabangsa untuk Kementerian Kesihatan Gaza.

Pasukan bantuan berkata, mereka memindahkan bekalan perubatan ke Gaza secepat mungkin tetapi penghantaran ke Gaza memerlukan persetujuan daripada Israel yang melakukan kawalan di sempadan.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata, pihaknya menghantar ventilator mekanikal, monitor pesakit,

defibrilator, alat sedut dan peralatan lain.

Koordinator Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk wilayah Palestin, Lynn Hastings, berkata pihaknya mengutamakan peralatan dan bekalan perubatan serta alat kebersihan untuk membantu penduduk menghadapi infrastruktur yang terjejas. – Agensi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.