Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Gempa 5.8 magnitud landa Nepal

KATHMANDU: Gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter menggegar daerah Lamjung di utara Nepal pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya tiga cedera, lapor Agensi Berita Xinhua.

Gegaran berlaku pada jam 5.42 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa dikesan di Bhulbhule dekat bandar Marsyang dan turut dirasakan di beberapa kawasan termasuk di Kathmandu.

“Penduduk panik berikutan gegaran kuat. Tiga orang cedera selepas dinding rumah mereka roboh dan kini menerima rawatan,” kata Ketua Pegawai Daerah Lamjung, Hom Prasad Luintel.

Jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

“Gegaran itu cukup kuat. Namun, belum ada laporan korban jiwa,” kata Ketua Majlis Perbandaran Luar Bandar, Arjun Gurung.

Pada tahun 2015, sekurang-kurangnya 9,000 orang maut dalam gempa kuat di Nepal. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version