“Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

Terbaru, sati video yang dimuat naik oleh Andi Bernadee di Instagram miliknya telah mendapat perhatian oleh netizen.

Gambar Seolah Selepas Kemalangan

via Instagram Andibernadee

Melihat video yang dimuat naik di Instagram milik Andi, dia kelihatan sedang berbaring di atas ‘stretcher’ dan matanya kelihatan agak lesu.

Malah bukan itu sahaja, terdapat beberapa tompokan warna merah dan kesan lebam di mukanya serta terdapat balutan di kawasan kepala Andi.

Adakah Sekadar Lakonan?

Video yang dimuat naik tersebut tidak dijelaskan oleh Andi. Dia hanya memuat naik video tanpa sebarang ‘caption’ di video tersebut.

Melihat diruangan komen, ada segelintir netizen yang bertanyakan mengenai keadaan Andi dan ada juga yang mempersoalkan adakah video tersebut hanyalah lokanan dan tompokan merah yang terdapat dimukanya hanyalah ‘make up’

Netizen Turut Prihatin

via Instagram Andibernadee

Rata-rata netizen diruangan komen amat prihatin dengan keadaan Andi dan menunggu jawapan daripadanya mengenai keadaannya pada ketika itu.

Netizen juga mendoakan agar apa yang ditunjukkan oleh Andi tersebut hanyalah sekadar lakonan semata-mata dan mendoakan agar Andi sentiasa dalam keadaan yang selamat.

The post “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.