Giliran Harith Iskander Pula Ulas Isu Puteri Balqis Dicabul

Kisah yang menimpa Puteri Balqis masih menjadi bualan panas orang ramai di media sosial, apatah lagi pelakon ini mendakwa dirinya telah dicabul oleh bapa kandungnya sendiri.

Pendedahan yang dikongsikan Puteri Balqis ini mendapat pelbagai pandangan tentang perkongsian pelakon tersebut, apatah lagi orang ramai mempertikaikan apa yang dilakukan pelakon tersebut seperti membuka aib bapanya tapi ada juga yang mengatakan ia adalah jenayah.

Antara Aib Dan Jenayah

Hal tersebut juga mendapat perhatian pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander, dan selebriti ini berkongsi pandangannya dengan memuatnaik tangkap layar ciapan yang ditulis di laman Twitter di Instagram-nya.

“Kalau mendedahkan yang bapanya ada inkontinensia (penyakit yang tak boleh dikawal) – Itu membuka aib. Mencabul tu jenayah. Full stop.” Ciapnya

Melihat ciapan yang dikongsikan Harith, pelawak ini memberi penjelasan yang jelas antara aib dan juga jenayah yang orang ramai bualkan.

via Instagram Harith Iskander

Muatnaik yang dikongsikan Harith di Instagram-nya itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai, dan rata-rata ramai yang bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan pelawak berkenaan.

“Tepat sekali!”

“Setuju”

“Saya setuju dengan anda” komen mereka

via Instagram Harith Iskander

“Betul sangat!!”

“Sangat setuju dengan anda @harithiskander”

“Yang ni saya setuju” komen mereka lagi

Sekadar info, Puteri Balqis telah membuat laporan polis dan kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak.

The post Giliran Harith Iskander Pula Ulas Isu Puteri Balqis Dicabul appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.