PETALING JAYA: Jaringan tunggal Sergio Aguero sudah cukup buat Perak FC meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas PJ City FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.
< div data-ad-id="263911" style="text-align:center; margin-top:px; margin-bottom:px; margin-left:px; margin-right:px;float:none;" class="afw afw-ga afw_ad afwadid-263911 afw_floating_ad ">Kemenangan itu sudah pasti melegakan skuad The Bos Gaurus selepas mereka gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat aksi terakhir sebelum ini.
Pada aksi terbabit, permainan nampak seimbang namun keadaan padang yang becak jelas membuatkan kedua-dua pasukan bergelut untuk merencana serangan.
Selepas 26 minit perlawanan berlangsung, Perak FC mendahului permainan menerusi jaringan lencong Aguero yang berjaya melepasi jangkauan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Pelawat nyaris menggandakan kelebihan pada minit ke-38 namun rembatan deras penyerang baharu mereka, Nana Poku sekadar terkena tiang gol.
Bersambung babak kedua, Nana beroleh peluang pada minit ke-52 namun gagal menggelecek Kalamullah sebelum percubaannya pada minit ke-75 di hadapan gawang gol PJ City FC dihalang pertahanan tuan rumah.
Selepas ini, PJ City akan bertemu Melaka United (MU) sementara Perak FC akan melayan kunjungan Sri Pahang FC (SPFC) untuk aksi terakhir sebelum liga berehat dua bulan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Berita Harian