Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-8PsmQw.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-8PsmQw.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Guangzhou dikenakan perintah sekatan pergerakan

BEIJING: Satu daerah kejiranan di bandar selatan China, Guangzhou dikenakan perintah berkurung susulan pihak berkuasa bergegas untuk menangani peningkatan kes di kawasan itu.

Hab perindustrian di utara Hong Kong yang menempatkan hampir 15 juta orang itu melaporkan 20 kes baharu COVID-19 dalam tempoh seminggu ini.

Satu notis oleh biro kesihatan perbandaran Guangzhou yang dikeluarkan hari ini menunjukkan lima jalan di daerah Liwan di pusat bandar, dikenal pasti sebagai ‘kawasan berisiko tinggi’ dan penduduk diarahkan kekal di dalam rumah sehingga ujian dari pintu ke pintu selesai dijalankan.

Pasar, sekolah dan tempat hiburan di kawasan itu ditutup.

Pihak berkuasa tempatan bandar itu bergegas melakukan ujian besar-besaran dan sekitar 700,000 penduduk sudah diuji setakat semalam.

Sebahagian besar China berjaya mengawal penyebaran virus dan mengetatkan peraturan kuarantin selepas berlakunya peningkatan kes di negara jiran.

Penularan kecil di Guangzhou dipercayai berkaitan dengan seorang wanita berusia 75 tahun yang didapati positif varian virus yang pertama kali dikenal pasti di India, kata pegawai kesihatan tempatan.

Jumlah jangkitan yang disahkan di China setakat ini berjumlah 91,061, dengan 4,636 kematian, menurut angka terbaru Suruhanjaya Kesihatan Nasional. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.