Guardian turun dan kunci harga sepanjang tahun

SEBAGAI pengguna, menilai sesuatu barang sebelum membeli sentiasa menjadi keutamaan.

Justeru, ramai suri rumah terpaksa mengunjungi beberapa pasar raya dan pusat beli-belah bagi membandingkan harga untuk mendapatkan produk pada harga berpatutan.

Namun, jumlah kes Covid-19 yang meningkat saban hari membimbangkan mereka untuk bersesak di tempat awam dan sebaliknya mengutamakan beli-belah dalam talian.

Tambahan situasi pandemik yang melanda rakyat Malaysia sehingga memberi impak terhadap ekonomi, pastinya ramai yang terpaksa berjimat ketika berbelanja.

Membantu rakyat Malaysia ketika keadaan keadaan mencabar, rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan, Guardian melancarkan inisiatif Harga Rendah Dikunci Untuk Kekal Rendah yang menawarkan produk keperluan terbaik pada harga lebih rendah dengan nilai yang hebat.

ImageLebih 1,500 barang keperluan harian seperti produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri boleh didapati pada harga lebih rendah serta dikunci bermula 28 Mei sehingga hujung tahun.

Pelbagai jenama terkenal yang dipilih secara berhati-hati oleh Guardian berdasarkan pilihan dan maklum balas pelanggan tersenarai termasuklah produk keluaran Guardian sendiri merangkumi pelbagai keperluan kesihatan dijual pada harga serendah RM1 bagi menjadikan penjagaan kesihatan lebih berpatutan buat pelanggan.

ImageAntara yang menarik adalah syampu Pantene 340ml berharga RM12, rangkaian mandian badan Dove 1L berharga RM19.80, ubat gigi Darlie Double Action 250g berharga RM9 dan Panadol Actifast Compact berharga RM7.79.

Selain itu, makanan tambahan Guardian Effervescent Vitamin C juga dijual pada harga RM22 berbanding RM57.80 sebelum ini.

ImagePelbagai jenis plaster luka jenama Guardian juga dijual pada harga antara RM1 hingga RM2, manakala kapas muka Guardian hanya dijual pada harga RM5.

Harga barangan ini sudah diturunkan dan akan dikekalkan untuk sepanjang tahun supaya pelanggan Guardian tidak perlu berkunjung ke banyak tempat untuk mendapatkan tawaran-tawaran hebat.

Kunjungi kedai Guardian berdekatan atau layari www.guardian.com.my untuk menikmati tawaran harga rendah ini hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.