Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-w1SPHi.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-w1SPHi.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Guardiola pertahan strategi

Porto: Selepas sedekad mencuba, Pep Guardiola dan Manchester City penantian untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara belum berakhir selepas Chelsea berjaya mencatat kemenangan 1-0 dalam perlawanan akhir di Porto.

City menamatkan saingan dengan 19 mata mendahului Chelsea dalam saingan liga namun hajat mereka untuk menakluk Eropah masih tertangguh.

Guardiola memenangi saingan Liga Juara-Juara dua kali pada tiga musim pertama sebagai jurulatih di Barcelona.

Bagaimanapun, beliau boleh menambah satu lagi kekecewaan kalah di final buat kali pertama, terkandas di separuh akhir empat kali dan tersekat di suku akhir tiga kali ketika membimbing Barca, Bayern Munich dan City dalam tempoh 10 tahun.

City tidak pernah menjengah ke suku akhir ketika empat musim pertama Guardiola namun beliau berjaya belajar dari kesilapan selepas mengetepikan Borussia Dortmund dan Paris Saint Germain untuk mencatat sejarah kelab mara ke akhir buat kali pertama.

Bagaimanapun, beliau melakukan kejutan dengan mengetepikan ketua pasukan, Fernandinho dan Rodrigo dari bahagian tengah untuk memberi laluan kepada Raheem Sterling kembali dalam kesebelasan utama.

Chelsea melihat ruang terbuka di bahagia tengah City untuk berada selesa pada separuh masa pertama namun disebabkan beberapa peluang gagal diterjemah daripada Timo Werner menyaksikan mereka mengambil masa lama untuk menjaringkan gol.

Satu hantaran ke depan oleh Mason Mount berjaya memperdayakan pertahanan City untuk membuka ruang buat Kai Havertz menjaringkan gol.

“Saya cuba menurunkan barisan kesebelasan terbaik untuk memenangi perlawanan.

“(Ilkay) Gundogan sudah lama bermain di posisi ini. Kami cuba untuk mencari kelajuan, meletakkan pemain yang boleh membawa bola dan itulah keputusannya.,” kata Guardiola.

Nasib juga tidak menyebelahi City apabila Kevin De Bruyne terpaksa dikeluarkan selepas berlaga dengan Antonio Rudiger pada awal separuh masa kedua.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.