Guna tangga panjat tembok sempadan

Bangkok: Suami isteri ditahan ketika cuba menyeberangi tembok di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia untuk menyelinap ke Sadao, di selatan Songkhla, Thailand pada Isnin.

Wanita berusia 39 tahun sedang hamil lima bulan dan suaminya berumur 41 tahun dari daerah Tha Phae, wilayah Satun itu ditahan ketika cuba menggunakan tangga untuk melepasi tembok sempadan.

Komander Tentera Kittikhun Na Way berkata, pasangan itu bekerja di ladang getah di Perlis, memutuskan untuk pulang ke negara asal selepas isterinya mengalami beberapa komplikasi.

Mereka akan didakwa kerana memasuki Thailand secara haram dan sudah menjalani ujian saringan Covid-19, kini diletakkan di bawah kuarantin wajib 14 hari.

Thailand meningkatkan kawalan termasuk mendirikan pusat pemeriksaan di sepanjang sempadan untuk mencegah aktiviti menyeberang secara haram bagi membendung penularan Covid-19.

Negara itu mengesan kes tempatan varian Afrika Selatan membabitkan seorang peniaga berusia 32 tahun dari Tak Bai, Narathiwat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.