Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-6d4rCt.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-6d4rCt.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Guru tuisyen didakwa sebar berita palsu COVID-19

[email protected]

JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen antara dua individu pertama di negara ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berkaitan COVID-19 mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021, hari ini.

Mohd Nazaruddin Yusoff, 50, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Seorang lagi individu turut didakwa di mahkamah mengikut seksyen sama di Perlis pada hari sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Nazaruddin didakwa menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai dengan mengadakan penerbitan mengandungi berita tidak benar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen berkaitan vaksinasi COVID-19, ke akaun Facebook menggunakan profil ‘Mohd Nazaruddin Yusoff’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, kira-kira jam 11.50 pagi 21 April lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, serta denda selanjutnya maksimum RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Julai depan bagi pengurusan kes dan penyerahan dokumen.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.