Hafizh memukau di GP Itali

[email protected]

Kuala Lumpur: “Syukur. Alhamdulillah.” Itu yang disuarakan oleh pelumba negara, Hafizh Syahrin apabila berjaya menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Itali di kedudukan kesembilan.

Ia adalah pencapaian terbaik pelumba negara itu bersama pasukannya NTS RW Racing GP selepas berjaya meraih satu mata ketika perlumbaan GP Le Mans.

Kejayaan itu nyata memberi khabar gembira buat semua peminat sukan permotoran di negara ini yang menyaksikan perlumbaan itu dengan penuh debaran.

Bermula dari petak ke-20, Hafizh berjaya memintas satu demi satu pelumba dan kedudukan terbaik pelumba negara itu adalah di posisi kelapan sebelum dipotong pada saat akhir untuk berpuas hati dengan penamat kesembilan.

Hafizh ketinggalan 34.849s di belakang juara Remy Gardner dari pasukan Red Bull KTM Ajo, 39 minit 17.667s.

Raul Fernandez kedua (+0.014) manakala pelumba Sky Racing Team, Marco Bezzecchi ketiga (+8.021)

Ruangan komen di laman sosial pelumba negara itu dipenuhi dengan ucapan tahniah atas kejayaannya meraih tujuh mata berharga.

“Last minit kena potong. Kalau tak mesti P8 dah. Tapi sangat berbangga dengan Hafizh hari ini. Dari posisi 22, kau berjaya finish kesembilan.

“Berapa banyak pelumba kau potong. Aron Canet pun kau potong. Aku tak putus doa semoga kau dapat top 10 tadi dan minta jangan la kau kemalangan. Alhamdulilah. Kau berjaya juga dapat top 10 hari ini,” demikian komen Syamaiza Shaffie.

Hafizh sebelum ini mengakui bahawa dia semakin serasi dengan jentera baru NTS dan membuktikannya di sirkit Mugello.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.