Hamas lancar roket sasarkan Tel Aviv

Tel Aviv: Hamas melancarkan roket menyasarkan hab ekonomi Israel, Tel Aviv, pada Selasa sebagai tindak balas kepada Israel yang melancarkan serangan memusnahkan satu blok bangunan 12 tingkat di Gaza.

Konflik memuncak antara kedua-dua pihak susulan insiden di Baitulmaqdis, setakat ini, sudah membunuh 30 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan tiga penduduk Israel dan mencederakan ratusan yang lain.

‘Ini hanya permulaan’ kepada serangan Israel, Menteri Pertahanan Benny Gantz memberi amaran.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berazam bahawa pihaknya ‘bersedia berdepan, jika Israel ingin meningkatkan serangan’.

Di Semenanjung Gaza, 10 kanak-kanak dan seorang wanita antara yang terkorban, sejak malam Isnin lalu.

Selain itu, 203 orang dilaporkan cedera akibat serangan udara tentera Israel, dengan ada yang diselamatkan daripada runtuhan bangunan.

Di Israel, siren dibunyikan ketika roket Hamas menghujani kawasan itu, dan mereka yang tidak sempat memasuki ke tempat perlindungan bawah tanah terpaksa berlindung di bawah jambatan.

“Ia amat menakutkan,” kata Haim Roy Ben Shlomo, 38, penduduk Ramat Gan dekat Tel Aviv, sambil menambah dia mendengar “beberapa bunyi kuat, letupan, di atas kepala kami”.

Seorang wanita Israel terkorban ketika roket menghentam Rishon Letzion di bandar persisiran pantai di selatan, manakala di Holon yang terletak berhampiran, foto AFP menunjukkan bas terbakar ketika petugas cuba membersihkan serpihan.

Serangan roket itu memaksa Israel menangguhkan penerbangan di lapangan terbang utamanya di

Ben Gurion, dekat Tel Aviv.

Bangunan 12 tingkat yang musnah di Gaza adalah bangunan kediaman.

Wartawan AFP berkata, ia juga menempatkan beberapa pejabat pegawai Hamas.

Hamas memberi amaran untuk menjadikan Ashkelon iaitu bandar berhampiran seperti ‘neraka’ dan roket dilancarkan Hamas membunuh dua wanita di sana.

Pada satu peringkat, kumpulan itu mendakwa melancarkan lebih 100 roket dalam masa lima minit.

Sekurang-kurangnya 100 penduduk Israel cedera pada Selasa.

Tentera Israel berkata, lebih daripada 600 roket dilancarkan dari Gaza ke arah Israel, kebanyakannya dari Hamas, dan kumpulan bersenjata lain.

Israel mendakwa kebanyakan daripadanya mendarat di Gaza atau ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udaranya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.