Hamilton tekad bangkit di Azerbaijan

KUALA LUMPUR: Pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton sama sekali tidak akan berpatah arang meskipun status pendahulu kempen Formula Satu (F1) 2021 kini bertukar tangan kepada pesaing dari Red Bull Racing Honda, Max Verstappen.

Pada pusingan kelima saingan di litar jalanan Monaco kelmarin, Verstappen memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco sekali gus merampas gelaran keseluruhan daripada Hamilton dengan perbezaan empat mata.

Begitupun, Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali merumuskan minggu perlumbaan di Litar Monaco itu sebagai satu prestasi berpasukan di bawah par namun yakin pasukan secara keseluruhannya akan bangkit di saingan akan datang di GP Azerbaijan, 4 hingga 6 Jun ini.

Prestasi suram itu termasuk akibat isu suhu tayar menyaksikan Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh selepas bermula dari petak ketujuh manakala rakan sepasukannya, Valtteri Bottas turut berdepan situasi sukar, apabila tidak menamatkan saingan susulan masalah di hentian pit.

“Kami akan terus berusaha dan cuba mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Kami akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan seterusnya. Tahniah kepada Max dan pasukannya, mereka melakukan tugas dengan baik,” kata Hamilton.

Verstappen melengkapkan 78 pusingan perlumbaan dengan catatan terpantas satu jam 38 minit 56.820 saat manakala pemandu Ferrari, Carlos Sainz berada di tempat kedua, kurang 8.968s daripada pemenang dari Belgium itu.

Melengkapkan pentas podium di tempat ketiga adalah pemandu McLaren Mercedes, Lando Norris yang ketika ini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 56 mata.

Dalam satu hantaran di laman media sosial, Hamilton turut berkata, keadaan mungkin menjadi lebih buruk namun ia adalah satu hari yang boleh dipelajari.

“Setiap individu dalam pasukan ini merasainya dan kami akan melakukan perkara yang kami selalu lakukan,” kata Hamilton. “Bersatu dan kembali bangkit dan terus berjuang!.”

– AGENSI

Keputusan GP Monaco:

1. Max Verstappen (Red Bull Racing Honda) 1:38:56.820s

2. Carlos Sainz (Ferrari) +8.968s

3. Lando Norris (McLaren Mercedes) +19.427s

4. Sergio Perez (Red Bull Racing Honda) +20.490s

5. Sebastian Vettel (Aston Martin Mercedes) +52.591s

…. 7. Lewis Hamilton (Mercedes AMG PETRONAS) +68.231s

. Valtteri Bottas (Mercedes AMG PETRONAS) DNF (tidak menamatkan perlumbaan)

Kedudukan keseluruhan:

1. Max Verstappen (Red Bull Racing Honda) 105 mata

2. Lewis Hamilton (Mercedes AMG PETRONAS) 101 mata

3. Lando Norris (McLaren Mercedes) 56 mata

4. Valtteri Bottas (Mercedes AMG PETRONAS) 47 mata

5. Sergio Perez (Red Bull Racing Honda) 44 mata

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.