Hampir 10,000 individu gagal hadir terima vaksin di Kelantan

[email protected]

Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Kelantan maklumkan hampir 10,000 penduduk di negeri ini yang rata-rata berusia 60 tahun ke atas gagal hadir menerima vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata, antara punca kegagalan mereka hadir menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan dan menunda tarikh lain.

Selain itu, katanya, ada juga yang tidak dapat hadir disebabkan masalah peribadi selain ramai juga yang tidak memaklumkan sebarang alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Kesemua yang tidak hadir mendapat suntikan vaksin ini adalah mereka yang berdaftar bagi fasa kedua.

“Bila dapat senarai sehari atau dua hari sebelum, kami akan menghubungi setiap orang sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, bukan 100 peratus kita dapat hubungi kerana terlalu ramai yang mendaftar di aplikasi MySejahtera dan ada juga dalam kalangan mereka yang tidak menjawab panggilan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kepada mereka yang mahu menunda tarikh atau lokasi PPV perlu menghubungi hotline MySejahtera bagi pertukaran itu.

Menurutnya, jika individu tidak dapat hadir untuk mendapatkan vaksin pada tarikh temu janji yang ditetapkan, pihaknya akan menghubungi orang lain untuk menggantikan tempat bagi mengelakkan pembaziran bekalan vaksin.

“Setakat ini, kami membuka PPV di Kota Bharu, Pasir Putih, Jeli, Machang, Kuala Krai dan Bachok.

“Sehingga semalam, lebih 340,000 individu mendaftarkan nama mereka melalui MySejahtera dan jumlah berkenaan masih rendah,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.