Hampir Setahun Bertunang, Rizky Febian Dedah Punca Belum Berkahwin Dengan Mahalini

Pasangan penyanyi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja kembali menjadi topik perbincangan apabila peminatnya bertanyakan tentang perancangan perkahwinan mereka. Bertunang pada 7 Mei 2023 lepas, Rizky dan Mahalini dikatakan tidak menunjukkan ‘hint’ untuk berkahwin.

Melihatkan isu ini dibicarakan, Rizky akhirnya mendedahkan punca kenapa dia belum berkahwin dengan tunangnya. Dipetik daripada Suara, Rizky memberitahu perbezaan agama menjadi ‘halangan’ utama mereka.

View this post on Instagram

A post shared by KATA (@rizkyfbian)

Pada awalnya ramai yang menyangkakan Mahalini sudah pun memeluk agama Islam memandangkan tunangnya ialah penganut agama Islam. Tetapi Rizky mengakui mereka masih menjalinkan hubungan dengan agama yang berbeza.

“Saya lupa, waktu solat, saya tak sebut agama mana”, ujar Rizky Febian.

Kenyataan Rizky tersebut dibalas oleh tunangnya dengan mengatakan isu ini dibahaskan lagi di antara mereka. Namun Rizky percaya isu perbezaan agama di antara mereka akan menjumpai jalan penyelesaian.

View this post on Instagram

A post shared by KATA (@rizkyfbian)

Pada masa yang sama, mereka berdua sudah pun merancang konsep perkahwinan dan bercita-cita untuk menggabungkan tradisi masing-masing iaitu Sunda dan Bali.

The post Hampir Setahun Bertunang, Rizky Febian Dedah Punca Belum Berkahwin Dengan Mahalini appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.