“Haram Tudung Menyerupai..”- Gaya Tudung Masya Masyitah Cetus Kritikan?

Penyanyi muda, Masya Masyitah sering menjadi bualan ramai disebabkan pemakaiannya yang dikatakan tidak bersesuaian dengan dirinya yang mengenakan hijab.

Kongsi Foto Pakai Hijab Menyerupai Ponytail

Terkini, beliau sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas berkongsi fotonya yang mengenakan hijab yang menyerupai rambut tocang (ponytail) sewaktu berada di Dubai.

“Saya tidak menyesal dengan masa lalu saya, saya hanya menyesal dengan masa yang telah saya sia-siakan dengan orang yang salah.”-Kapsyen Masya Masyitah di Instagram

“Haram Pakai Hijab Ala-Ala Macam Rambut..”

Ekoran itu, segelintir netizen tampil memberikan teguran buat penyanyi ini dengan menjelaskan soal hukum memakai hijab yang menyerupai rambut.

“Haram pakai hijab ala-ala macam rambut. Yang mana puji semua dia balas, yang mana tegur dia buat taktau. Semoga kita sama-sama istiqomah ya sis.”

“Tolonglah jangan dibuat main agama Islam kita sis…nak pakai tudung, pakailah elok2..aurat leher..public figure, ikutan remaja kini..jadilah contoh yang baik..”

“Makin lama makin ketat, singkat.”

Masya Masyitah sebelum ini pernah mencetuskan kritikan netizen selepas mengenakan one-piece jumpsuit dan turtleneck inner berwarna kelabu sewaktu berada Dubai.

The post “Haram Tudung Menyerupai..”- Gaya Tudung Masya Masyitah Cetus Kritikan? appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.