Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Harapan Qabil sertai Olimpik belum berkubur

Kuala Lumpur: Masih ada sinar harapan untuk ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil beraksi di temasya Olimpik Tokyo.

Hal ini kerana Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) akan berusaha membantu Qabil merealisasikan impiannya itu termasuk menghantar surat rayuan kepada Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) untuk memberi kelonggaran kepada ekuin negara itu.

Malah, EAM juga akan membantu Qabil mendapatkan vaksin dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dia dapat beraksi di Eropah dalam masa terdekat ini.

“Kami perlu kerja kuat sekarang ini bagi memastikan Qabil mendapat vaksin sebelum ke Eropah dan keduanya adalah untuk mendapatkan kelonggaran daripada FEI.

”Kemampuan Qabil ketika ini cukup meyakinkan. Kami sudah menulis kepada FEI untuk mengatakan kami masih jauh dan harus diberikan kelonggaran kepada Qabil iaitu tunda dahulu tarikh itu,” katanya.

Terdahulu, Olahragawan Sukan Sea 2001 itu berdepan beberapa halangan untuk beraksi di temasya Olimpik Tokyo. Tampaknya bukan mudah buat pemenang tiga pingat perak dan empat gangsa dalam Sukan Asia beraksi di Tokyo bulan depan dalam acara dressage individu kerana dia perlu melepasi beberapa syarat yang ditetapkan FEI.

Mengikut syarat yang ditetapkan oleh FEI, dia perlu mencapai standard ditetapkan FEI iaitu bertanding di peringkat antarabangsa sebelum 31 Jun untuk dia melepasi syarat kelayakan minimum eligibility standards.

Perkara itu tampak sukar dalam tempoh seluruh dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 ini. Qabil adalah pelumba simpanan untuk ke temasya Tokyo selepas menduduki tangga ketiga dalam ranking Asia-Oceania ketika saingan kelayakan acara dressage tamat dua tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.