Harga ayam dan minyak masak ‘meroket’, bersediakah anda?

SEPERTI yang sedang hangat diperkatakan, kerajaan telah mengumumkan beberapa barangan asas akan berlaku kenaikan harga.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkara itu adalah pemberhentian subsidi oleh pihak kerajaan.
 
Harga ayam dijangka naik sehingga RM11 sekilo pada Julai ini. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee.
 
Menurut beliau juga harga siling yang ditetapkan pada Februari lalu iaitu sebanyak RM8.90 tidak lagi dikuatkuasakan.

Kerajaan juga telah menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang sebelum ini diberikan kepada penternak ayam bawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
 
Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut menyatakan harga siling ayam berlegar sekitar RM10 per kilogram.
 
“Saya dimaklumkan oleh pihak industri bahawa harga siling ayam sekilogram akan berlegar sekitar RM10 sekilogram. Saya tidak berani sahkan berapa harganya nanti kerana apabila harga kawalan ditarik, harga akan diapungkan ikut pasaran.
 
Bukan sekadar harga ayam, minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2kg, 3kg dan 5kg juga akan meningkat. Perkara ini terjadi selepas pihak kerajaan tidak mahu meneruskan lagi pemberian subsidi mulai 1 Julai ini.
 
Menurut Alexander, langkah ini diambil untuk memastikan kestabilan bekalan bahan makanan dalam pasaran.
 
Bagaimanapun, beliau turut memaklumkan minyak masak polibeg masih lagi diberi subsidi dan dijual pada harga RM2.50 sekilogram.

The post Harga ayam dan minyak masak ‘meroket’, bersediakah anda? appeared first on The News Malaysia.

Read More

Sumber Web: The News Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.